Amir Ukays Milik Pistol Telah Di bebaskan Polis

Masihkah anda ingat lagu di sana menanti di sini menunggu?  Pastinya tak lain tak bukan lagu ini adalah salah satu dari lagu-lagu dalam album Ukays dimana Amir merupakan vokalis kumpulan ini.

                                 photo Amir ketika membuat persembahan di Gegar Vaganza

Baru-baru ini Amir telah terpilih menyertai program realiti tv gegar vaganza, namun berita yang mengejutkan rakyat Malaysia tentang penahanannya oleh pihak polis kerana memiliki sepucuk pistol yang ditemui dalam keretanya.Pelbagai tanda tanya rakyat Malaysia tentang berita ini akhirnya terjawab apabila Amir telah dibebaskan. Berikut adalah petikan berita mutakhir myMetro.

                                      photo Amir ketika mengagotai kumpulan Ukays

Kuala Lumpur: "Yang penting, saya dibebaskan selepas polis percaya dan berpuas hati dengan keterangan saya. 

"Biarlah saya berehat kerana nanti cerita yang keluar di sana sini tak seimbang. Biarlah ia sejuk dahulu," kata bekas vokalis kumpulan Ukays, Mohd Azmir Muhammad Yusuf atau Amir, 46 yang ditahan polis 1.45 pagi semalam kerana memiliki pistol tiruan di Kampung Chubadak, Sentul, di sini, sebelum dibebaskan dengan jaminan polis, 5 petang semalam.

Penyanyi yang popular menerusi lagu Di Sana Menanti Di Sini Menunggu dan peserta Gegar Vaganza itu ketika dihubungi menerusi aplikasi WhatsApp enggan mengulas lanjut dan mengakui segala-galanya kembali okay sekarang. Katanya, tumpuannya kini adalah meneruskan latihan untuk minggu kedua Gegar Vaganza.


Amir akan menyampaikan lagu Antara Hujan Dan Airmata nyanyian asal Sudirman Hj Arshad pada Ahad ini. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner R Munusamy mengesahkan Amir dibebaskan dengan jaminan polis.Katanya, Amir dibebaskan sementara menunggu kertas laporan kes disiapkan untuk dihantar ke Jabatan Peguam Negara.

"Tindakan seterusnya terpulang kepada jabatan itu untuk memutuskan sama ada dia perlu didakwa di mahkamah atau sebaliknya," katanya.

Difahamkan, selepas ditahan, Amir memberi alasan pistol berkenaan digunakan untuk menembak cicak.


Artikel ini disiarkan my metro pada : Khamis, 22 Oktober 2015 @ 1:49 AM
Share on Google Plus

About meletop-fm

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment